Kadar & Tempahan

Kalender Ketersediaan DSB

Calendar is loading...
Powered by Booking Calendar
-
Tersedia
23
-
Tidak tersedia

Dua Langkah Mudah Tempahan DSB

LANGKAH 1 – Rujuk kalender ketersediaan DSB sebelum tetapkan tarikh daftar masuk dan keluar. Pastikan tarikh yang dipilih adalah tarikh yang tersedia sahaja.

LANGKAH 2 – Lengkapkan semua butiran di dalam borang tempahan dan pastikan sekali lagi tarikh daftar masek dań keluar adalah betul. Akhiri dengan tekan butang hantar untuk meneruskan pengesahan tempahan melalui WhatsApp.

Perincian Kadar DSB

Keseluruhan DSB tanpa tambahan khemah sendiri dengan jumlah minimum 1 tetamu hingga maksimum 6 tetamu sahaja (termasuk kanak-kanak seawal usia 7 tahun).

Isnin, Selasa, Rabu, KhamisJumaat, Sabtu, AhadCuti Sekolah & Cuti Umum
RM360RM420RM480

Keseluruhan DSB termasuk tambahan khemah sendiri dengan jumlah minimum 1 tetamu hingga maksimum 10 tetamu sahaja (termasuk kanak-kanak seawal usia 7 tahun). Tetamu wajib mendirikan khemah yang di bawa sendiri di pangkin (12′ x 12′) yang disediakan sahaja.

Isnin, Selasa, Rabu, KhamisJumaat, Sabtu, AhadCuti Sekolah & Cuti Umum
RM460RM520RM580

Tambahan Deposit Jaminan RM100 adalah perlu untuk memastikan tetamu sentiasa beradab dalam menjaga kemudahan, peralatan, tumbuhan, tanah dan kebersihan DSB termasuk menguruskan sisa makanan dan sampah dengan baik. Deposit Jaminan ini akan dikembalikan dalam tempoh 24 jam dari waktu daftar keluar tetamu selesai.

Syarat-syarat Tempahan DSB

  • Daftar masuk seawal 3.00 petang dan daftar keluar sebelum 12.00 tengah hari.
  • Tetamu tambahan dan pelawat harian tidak dibenarkan. Hanya untuk tetamu yang merupakan sebahagian daripada tempahan.
  • Tiada kaunter daftar masuk dan keluar. DSB mengamalkan daftar masuk dan daftar keluar layan diri
  • Jika tempahan sekali dengan penambahan khemah, tapak khemah adalah hanya di pangkin sahaja, lain-lain tempat tidak dibenarkan. 
  • Kadar yang ditetapkan adalah untuk penginapan biasa sahaja. Sila e-mel atau hubungi melalui WhatsApp untuk menempah atas tujuan lain seperti acara, fotografi dan penggambaran.
  • Untuk perkara berkaitan polisi pembatalan dan pertukaran tarikh, membawa haiwan peliharaan dan had kebertanggungjawaban, sila baca terma dan syarat DSB di bawah dengan teliti.

Membuat tempahan penginapan di DSB bermakna tetamu juga bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut termasuk yang Syarat-syarat Tempahan DSB dan Perincian Tanpa Rahsia yang dinyatakan di laman sesawang ini. Sila baca dengan teliti sebelum tetamu meneruskan dengan tempahan.

Polisi Pembatalan dan Penukaran Tarikh

  • Permintaan pembatalan dan penukaran tarikh yang dibuat dalam tempoh LEBIH 14 HARI SEBELUM TARIKH DAFTAR MASUK akan dikenakan penalti sebanyak 25% jumlah kadar tempahan yang telah dibuat.
  • Permintaan pembatalan dan penukaran tarikh yang dibuat dalam tempoh KURANG 14 HARI SEBELUM TARIKH DAFTAR MASUK akan dikenakan penalti sebanyak 50% jumlah kadar tempahan yang telah dibuat.
  • TIADA PEMULANGAN BAYARAN ke atas permintaan pembatalan dan penukaran tarikh yang dibuat KURANG DARIPADA 7 HARI. 

Polisi Membawa Haiwan Peliharaan

  • DSB membenarkan tetamu membawa haiwan peliharaan kecuali anjing. 
  • Tidak terhad untuk haiwan peliharaan tetamu berada di mana sahaja kecuali ruangan lantai kayu di dalam pondok dan kolah.
  • DSB tidak membekalkan sebarang keperluan haiwan peliharaan, tetamu perlu menyediakannya sendiri.
  • Tetamu perlu pastikan najis atau apa saja sisa daripada haiwan peliharaan tidak ditinggalkan di DSB dan perlu dibawa pulang bersama.

Had Kebertanggungjawaban

  • DSB tidak bertanggungjawab ke atas kegagalan untuk menyediakan perkhidmatan yang telah dikontrak atau mana-mana daripadanya disebabkan oleh keadaan di luar kawalan DSB.
  • Semua aktiviti mempunyai risiko yang tersendiri. Oleh itu, DSB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemungkinan yang berkaitan dengan sebarang aktiviti atau perkhidmatan yang ditempah termasuk bencana alam.
  • Semua kenderaan diparkir atas risiko pemilik. DSB tidak akan bertanggungjawab terhadap kecurian atau kerosakan kenderaan atau mana-mana kandungannya.
  • DSB tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan dan kerosakan harta benda yang ditinggalkan dalam atau selepas tempoh penginapan.