Dusun Sekebun Bunga
Penginapan Gaya Pondok Dusun
Selami kedamaian persekitaran dusun di sebuah pondok penginapan yang dilengkapi tapak perkhemahan dan ruang acara yang digarap daripada pelbagai manuskrip Melayu lama.
Perihal DSB
Gagasan umum makna sebuah Dusun Sekebun Bunga (DSB)
Prosesnya panjang tanpa sedar dari mana ia telah pun bermula, dari bercakap-cakap yang tidak pernah habis sehingga ke percakapan ilmiah dari beberapa rujukan berbilang dan akhirnya rangkap prakata sebuah naskah menarik perhatian. Katanya naskhah ini bertujuan untuk memperkenalkan kearifan tempatan Melayu zaman silam dalam ilmu landskap atau sains dan seni menyusun atur sesebuah kawasan untuk tujuan tertentu.
Kearifan tempatan Melayu dalam naskhah Ilmu Landskap Melayu dalam Karya Sastera Tradisional inilah menjadi punca menzahirkan fungsi asas DSB. Bermula dengan fungsi tunjang Landskap Taman Raja Melayu iaitu taman larangan yang berfungsi sebagai tempat merehatkan diri, tempatΒ mandi dan berhibur, taman kerohanian yang bertujuan mendekatkan diri kepada Pencipta dan taman perburuan khusus sebagai medan untuk aktiviti riadah.
Makna fungsi DSB menterjemah fungsi yang sama tetapi tidak serupa. Pastinya DSB tidak sama seperti mana Taman Raja Melayu yang menjadi taman persendirian kepada Raja. Bagi pemilik DSB, dusun ini bukan ilusif walaupun rasa jiwanya sama seperti sebuah taman. Dalam nisbah yang kecil tetap ada suasana bersendiri tanpa gangguan dalamΒ menjayakan fungsi DSB bagaikan taman larangan, taman kerohanian serta taman perburuan dan ini dikongsi kepada umum pada kesempatan dan keupayaan yang ada.
Perihal DSB
Garapan 21 Elemen Landskap Kejur Melayu Tradisional
Seterusnya penyatuan tiga elemen yang menerajui gubahan landskap taman Melayu tradisional iaitu tumbuh-tumbuhan (pokok buah-buahan atauΒ pokokΒ bunga-bungaan), unsur air (kolam/sungai/telaga) dan balai (panca persada sebagai tempat persalinan). Tiga elemen ini juga menjadi peneraju gubahan keseluruhan ruang DSB.
Memperkayakan elemen tumbuhan tanpa menidakkan yang sedia ada adalah akar kepada keseluruhan tapak DSB. Seterusnya pengolahan unsur air dan balai yang mengambil perbahanannya daripada lembaran-lembaran lama darihal 21 elemen landskap kejur Melayu tradisional.
Pasu bunga, gerbang, pagar, titi, jamung andang/kandil, wakaf dan guri adalah tujuh daripada 21 elemen ini telah menunggu di ruangan hadapan DSB.
Selebihnya elemen-elemen kolah, pelantar, bilik air, tempayan, jamban/tandas, dan Β ampaian. Disusuli pangkin, perun, kepok padi/jelapang, Bangsal/sulap, perigi, reban, kolam, dan buaian bersama dalam menata sebuah DSB yang lengkap tapi tidak sempurna.
FAKta DSB
Perincian Tanpa Rahsia
Ruang dan Kapasiti
Kekuatan DSB adalah ruang fizikalΒ dengan imaginasi jangkaan pengalaman gaya pondok durian.
DSB asalnya adalah dusun durian yang fungsinya tidak lebih daripada untuk aktiviti berkebun dihujung minggu. Kini fungsinya beralih kepada dusun istirahat untuk menghilangkan lelah. Bentuk muka bumi yang mendatar sesuai untuk pengamatan dan penjelajahan lapangan.
Ini adalah tentang bagaimana indahnya kehidupan polos, bersederhana dan merasai suasana kehidupan berpaksikan pada apa yang ada disekeliling.
DSB berkeluasan seekar lebih termasuk laman hadapan yang boleh menempatkan enam buah kereta. Terdapat pondok kecil sesuai untuk enam tetamu termasuk kanak-kanak.Β
Ada juga pangkin pelbagai guna berukuran 12′ x 12′ yang boleh dijadikan tapak khemah. Tetamu yang berminat memasang khemah boleh berbuat demikian dengan tambahan kadar sewaan yang ditetapkan. Kapasiti maksimum juga bertambah sehingga 10 tetamu termasuk kanak-kanak.
Selebihnya seperti laman berbatu, berpasir dan berumput; kolah; pelantar; bangsal; telaga tiub; dan persekitaran luar yang ada menjadi pilihan tetamu untuk melakukan apa saja aktiviti.Β
Yang penting tetamu perlu merujuk pantang larang dan sentiasa menyantuni persekitaran DSB dan menjaga keselamatan diri.
Β
Kemudahan Seadanya
Hanya kemudahan asas yang ada. DSB bukan sebuah hotel, resort mahu pun chalet percutian.
Disediakan:
- Tempat tidur beralas tikar mengkuang bagi pengalaman tidur di pondok sebenar.
- Dua bilik air dan jamban di dalam dan di luar pondok.
- Kolah berkedalaman 3′ berukuran 6′ x 14′ dan berkedalaman 1′ berukuran 6′ x 7′.
- Pangkin dan bangsal pelbagai guna bersoket plug tiga pin.
- Meja dan kerusi untuk enam tetamu.
- Empat kipas angin siling dan satu kipas angin meja.
- Pemadam api, kit pertolongan cemas untuk bantuan segera sementara.
- Lingkaran ubat nyamuk dan racun serangga.
Tidak disediakan:
- Katil, tilam dan bantal
- Penyaman dan penyejuk udara
- Pengering rambut, tisu tandas, keperluan mandian, tuala dan air panas
- Dapur dan peralatan memasak
- Peti sejuk, ketuhar gelombang mikro dan cerek air panas
- Pinggan mangkuk dan sudu garfu
- Peralatan barbekuΒ
- Wifi dan akses internet
- Televisyen dan radio
- Seterika dan penyangkut baju
- Mesin basuh dan mesin pengering
Rangkain mudahΒ alih:
Liputan yang agak lemah khususnya apabila berada di dalam pondok. Ini adalah masa terbaik untuk meraikan dan berbual sesama teman.
Pantang
Larang
Pantang larang diturunkan kepada tetamu untuk bersedia menginap dengan lebih selesa di DSB.
AKTIVITIΒ
Lakukan secara beradab agar tidak melampaui batas sehingga mengganggu kejiranan dan merosakkan kemudahan, peralatan, tumbuhan dan tanah.
MEMASAK DAN BARBEKU
Masak apa sahaja tetapi pastikan yang halal di ruang dapur dan barbeku yang telah disediakan agar suasana selesa dan bersih dapat dikekalkan. Tiada peralatan memasak disediakan termasuk dapur memasak.
MANDI DI KOLAH
Sebarang aktiviti yang membahayakan seperti terjun dan melemparkan batu kerikil ke dalam kolah tidak dibenarkan sama sekali. Tiada sekatan waktu mandi-manda di kolah.
UNGGUN API
Aktiviti unggun api hanya dibenarkan di perun sahaja, tempat lain tidak dibenarkan sama sekali. Boleh menyapu dan mengaut daun kering serta membakarnya di perun.Β
SISA MAKANAN & SAMPAHΒ
Tetamu perlu membawa plastik sampah sendiri dan perlu juga membawa balik sampah masing-masing. Tempat buang sampah terdekat di Pasar Awam Bota.
Menyantuni Persekitaran
Berinteraksi dengan alam dapat melakar pengalaman yang lebih indah yang mendamaikan.
SERANGGA
Ada masa nyamuk banyak di awal pagi dan lewat petang, nyalakan lingkaran ubat nyamuk.Β
Ada masa di malam hari selepas hujan, banyak kelkatu, cukup sekadar mematikan lampu di dalam pondok.Β
Ada masa serangga kecil termasuk kerengga, katak dan tokek datang menyinggah, santuni sebaiknya.
MONYET
Elak tinggalkan makanan di luar pondok atau pastikan makanan di tempatkan di dalam kotak penyimpan makanan bertutup.
TUMBUHAN
Tidak melakukan sebarang kerosakan kepada tumbuhan termasuk menebang dan memangkas.
ANGINΒ
Ada kala suasana berangin menyebabkan kolah dipenuhi daun kering, biarkan atau kaut sebelum bermandi-manda.
MUSIM BUAH-BUAHANΒ
Semasa musim buah-buahan, tetamu boleh menikmatinya secara percuma. Namun begitu tidak boleh dibawa pulang.Β
Perihal DSB
Siapa Cakob
Cakob adalah seekor kucing peliharaan yang sejak awal lagi telah menjadi perlambangan dalam memulakan dan mengembangkan buah fikiran. Langgam pemikiran dalam proses dan hasil kerja yang terinspirasi oleh Cakob ini sentiasa dianggap sebagai karya yang Β kreatif dan berseni.
Produk
Penzahiran sulung merupakan permainan lembut yang sangat memikat, pandai bermain dan bersifat nakal. Berjiwa dalam menyatukan kasih dan menyemarakkan sayang.
Perkhidmatan
Penawaran perkhidmatan perundingan acara berasaskan seni dan budaya. Senang mengisi senggang waktu dengan penglibatan pelbagai acara seni dan kreatif lain.
Amal
Sejak Mac 2021, tiga siri telah dilaksanakan. Mengharapkan kemampuan untuk menjana dana sumbangan sendiri bagi menjayakan siri seterusnya dengan konsisten.
DSB
Penzahiran kontemporari daripada sumber koleksi karya sastera tradisional Ilmu Landskap Melayu untuk dikongsi dengan sesiapa yang tahu menghargainya.
Suasana DSB
Melangkah Dekat di Sekitar DSB
Melangkah dekat di sekitar DSB memberikan peluang untuk menikmati suasana perkampungan yang tenang dan hijau, sambil melihat pelbagai perkara bernilai seni, budaya dan sejarah yang menyuburkan minda dan menghidupkan jiwa.
Perkampungan Warisan Budaya Pulau Misa Melayu
Rumah/Galeri
TABAK
Rumah limas bumbung Perak sarat menyimpan memori, sejarah serta falsafah orang Melayu terdahulu. Dibina di tebing Sungai Perak, Bota Kiri oleh Tok Abu Bakar Alang Ketak bersama beberapa tukang lain pada 1920-an.
Pasar Pagi
Bota
Seawal 7 pagi Pasar Sabtu di Pekan Bota Kanan adalah instrumen sosial budaya Masyarakat Melayu Bota dan sekitarnya berjual beli dan saling berinteraksi. Dengarkan dialek masyarakat Perak Tengah yang mencuit hati.
Dendang
Anak Perak
Rasai sendiri suasana sebenar keunikan dan keaslian budaya masyarakat Melayu berbusana setiap Sabtu 9.30 malam. Pelbagai persembahan budaya dipaparkan seperti persembahan muzik melayu, tarian, silat dan sebagainya.
Padang Koba
Teluk Bakong
Pusat Konservesi
Hidupan Liar Tuntung
Terdiri daripada spesies Tuntung Sungai (π΅ππ‘πππ’π πππππππ ) dan Tuntung Laut (π΅ππ‘πππ’π πππ ππ) berfungsi pusat konservasi serta kepentingan memelihara dan melindungi spesies hidupan liar demi kesejahteraan generasi akan datang.
Ulasan
Terima Kasih Daun Keladi
Get Started
Letβs Make The World A Better Place
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
Contact
Send us a message
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Mauris eget ex eget tellus luctus egestas. Sed sed volutpat urna.Β
Alamat DSB
Jalan Firdausi 2, Kg Teluk Kepayang, 32600 Bota Kiri, Perak Darul RIdzuan
Hubungi Cakob
+60135772737
E-mel Cakob
cakobcakob@gmail.com